EDEN ; SYURGA PISANG
Sep 27, 2012
Sep 17, 2012
PROSES MEMBUNGKUS PISANG DALAM PUASA KE 13 DI TAHKIMKAN
INDEKS KEMATANGAN BUAH PISANG
| Indeks 1 - | Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai. |
| Indeks 2 - | Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang, sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut. |
| Indeks 3 - | Lebih hijau daripada kuning. Buah matang, tidak sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut. |
| Indeks 4 - | Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. |
| Indeks 5 - | Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak, hanya sesuai untuk pasaran tempatan. |
| Indeks 6 - | Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik untuk dimakan segar. |
| Indeks 7 - | Kuning jingga. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat amat singkat. |
Sep 11, 2012
Aug 15, 2012
Aug 8, 2012
Jul 21, 2012
MERACUN PULAK SEBULAN SEKALI
KEBUN SEBELUM DI RACUN BAGI BULAN JULAI 2012
SETELAH DI RACUN DAN DI MESIN BULAN MEI 2012
PANDANGAN JAUH KEBUN EDEN
Jun 17, 2012
PAKEJ BUAI BERENDOI UNTUK CUKUR JAMBUL
PERKHIDMATAN BARU KAMI SELAIN FOCCUS KEPADA LESTARI PERTANIAN
IAITU PAKEJ BUAI BERENDOI
PAKEJ KEJORA RM 100 - RM 250.00
buai + tilam + bantal + Skirting bakul
karpet putih + lampu 1 set
deco pada buaian
PAKEJ KENANGA RM 250 - 350.00
SEMUA DIATAS dan termasuk
1 set lagi lampu
tabir / background belakng beserta hiasan
deco-deco berkaitan (bear+bunga tambahan+set renjis)
warna boleh pilih apa2 sahaja. charge transport sekitar JELEBU jempol FREE dan lain-lain tempat mengikut jarak..
gambar dalam laman muka buku kebanyakan RM 350 kerana ada tabir..
selain itu jemput lihat door gift siap utk dihulur kepada tetamu (siap dari kotak + isi dalam +deco) bermula RM 1.50 hingga RM 3.50
text P.A AISHAH 0192941641
warna boleh pilih apa2 sahaja. charge transport sekitar JELEBU jempol FREE dan lain-lain tempat mengikut jarak..
gambar dalam laman muka buku kebanyakan RM 350 kerana ada tabir..
selain itu jemput lihat door gift siap utk dihulur kepada tetamu (siap dari kotak + isi dalam +deco) bermula RM 1.50 hingga RM 3.50
text P.A AISHAH 0192941641
May 20, 2012
May 19, 2012
KEGUNAAN PISANG DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Daun pisang
# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.
# Digunakan sebagai pelindung hujan
# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
# Batang pisang
# Digunakan untuk membuat rakit.
# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang
# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.
Jantung pisang
# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.
Khasiat pisang dari sudut kesihatan
# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
PROSES MEMBAJA HARI INI... ESOK PROSES MERACUN DAN MERUMPUT
Apr 18, 2012
KHASIAT JENIS PISANG... PISANG FIRST DEN,
Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.
Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/khasiat-pisang-1001-khasiat-kaya.html#ixzz1vNaATChF
Mar 26, 2012
Feb 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



























