Labels

Mar 29, 2011

hadiah hari lahir ku





SELAMAT HARI DIRI SENDIRI.. HAHAHA.....
JAGUNG KU YANG PERTAMA

Mar 16, 2011

BENIH TAIWAN DAH BERBUNGA




Sistem Tanaman Jagung

Penyediaan tanah.

Jagung memerlukan tanah jenis aluvium yang subur, punyai bahan organik yang cukup dan keadaan tanah yang tidak bertakung air iaitunmempunyai resapan air yang baik. Jagung tidak ditanam di kawasan tanah merah laterik dan tanah-tanah berbukit. Jagung memerlukan air yang banyak terutama sewaktu jagung berbunga dan membentuk isi.

Menanam.

Benih-benih jagung ditanam di atas batas atau di tanah-tanah rata. Lubang-lubang kecil sedalam 2.5 – 5 cm disediakan dan kemudian bagi tiap-tiap satu lubang dibubuh dua atau tiga biji benih. Biji benih yang hendak ditanam perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat dan racun serangga. Racun yang biasa digunakan ialah 57g captan atau Thiram dan serbuk BHC, Furadan atau Carbaryl.
Tiga minggu selepas biji benih ditanam, penjarangan perlu dibuat dan biasanya bagi tiap-tiap satu lubang di benarkan satu pokok sahaja. Ini dilakukan untuk mencegah pokok daripada bantut.

. Serangan Musuh dan Penyakit.

Serangga.

a) Ulat Pasak (Ostrinia salientalis snellen)
Serangan ulat pasak dapat dilihat setelah jagung ditanam 6-7 minggu ataupun sewaktu pokok jagung berbunga. Kesanya dapat dilihat apabila batang kelihatan berlubang-lubang dan juga kerosakan berlaku pada tongkol jagung. Ulat ini mengorek batang jagung, tongkol dan biji benihnya. Akibatnya batang pokok akan patah dan tongkol jagung jadi kecil.

b) Bena Hijau (Aphis Maidis)

Serangga jenis ini menghisap daun jagung. Kebiasaanya, Serangga ini menyerang daun baru dan diikuti serangan Smut.

c) Ulat Tongkol (Corn Earworm-Heliothis obsoleta).

Ulat ini menebuk tongkol jagung dan memusnahkan biji benih dan tongkolnya sekali.

Penyakit

a) Penyakit bawah daun (Leaf blight- Helmint hosporium mydis)

Mula-mula bintik daun berwarna kuning setelah itu ditengahnya bertukar perang serta kering dilingkungi oleh warna-warna kuning. Bintik-bintik ini mula ternampak pada daun yang bawah dan selepas itu merebak pada daun-daun yang muda. Penyakit ini disebabkan oleh kulat yang terdapat di dalam biji benih dan kulat dibawa oleh angin.

b) Karat daun (Maize rust-Poecinia polysora)

Penyakit daun dan upih daun ini disebabkan oleh angin. Kelihatan bintik-bintik bujur yang timbul berwarna karat diatas daun.

c) Smut (Ustilago mydis)

Kelihatan bahagian batang, daun dan tongkol jagung bengkak putih ini bertukar menjadi warna hitam disebabkan oleh spora kulat tersebut. Kulat ini disebarkan oleh angin dan air.

KESIMPULAN


Manusia sememangnya memerlukan sumber protein, karbohidrat, lemak, garam mineral dan vitamin untuk pertumbuhan dan pembesaran badan yang sihat dan sempurna. Kebanyakan jenis makanan memberi zat-zat yang tersebut di atas tetapi di dalam jumlah yang tertentu dan terhad. Ini bermakna dengan memakan nasi sahaja kita tidak akan mendapat jenis zat yang diperlukan oleh badan, sebab jumlah zat di dalam beras tidak mencukupi. Begitu juga kandungan zat dalam jagung. Walaupun kedua-dua tumbuhan bijirin ini memberi zat yang banyak namun manusia semestinya memerlukan tumbuhan lain lagi bagi mendapatkan sumber tenaga


Mar 15, 2011

para penanam ku tersayang




TERIMA KASIH

KEPADA MEREKA BERDUA...
TERSANGAT RAJIN DALAM USAHA MENANAM

MENGAJAR MEREKA NILAI SUATU KEHIDUPAN

MENDENGAR ARAHAN , MEMAHAMI LANGKAH DAN MELAKSANAKAN

ILMU + AMAL = HASIL

Mar 12, 2011

4 MINGGU JAGUNG






"Kalau pucuk diatas pasti kerna akarnya
Namun jangan lupa pada renyai hujan
Jangan lupa pada terik sang mentari
Kerna itu pilihan alam"

Maka sayang,
Andai berjaya itu maksudmu, redahilah
Namun jangan lupa pada yang bawah
Kerna itulah sahabat setia, mendokong bersama, melangkah bersama
Jangan pula kau lupa pada sang guru
Kerana tanpanya kau cuma khayalan
Melangkah dalam gelita, ketawa dalam sengsara
Bukan bertuhankan dia, tapi angkat ilmunya
Maka sayang jangan kau lupa pula pada yang mengata
Kerna halangan dan kaca itu buat kita semakin dewasa
Kerna duri dan hina itu buat kita semakin memahami
Semua ini pilihan alami.............

Mar 9, 2011

JAGUNG KU SAYANG



TIPS MANISKAN JAGUNG REBUS


Jagung yang direbus memanglah enak untuk dimakan, tapi jika tidak kena caranya jagung yang direbus tadi pasti tidak manis dan enak untuk dimakan. Ikutilah petua ini supaya jagung yang direbus tadi menjadi manis dan enak dimakan.

Sebelum jagung direbus, cuci jagung berkenaan sehingga bersih. Semasa merebus jagung tersebut, masukkan beberapa batang tebu tua yg telah dibuang kulit dan dicuci terlebih dahulu. Susun tebu dan jagung tersebut secara berlapis-lapis didalam periuk rebusan, pastikan jagung dan tebu tersebut terendam di dalam air rebusan, insyaalah jagung yang direbus itu akan menjadi lebih manis rasanya.

Mar 7, 2011

FASA TERAKHIR JAGUNG

SUARAH ALI IMRAN AYAT 14

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak [186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).