Labels

Jul 31, 2019

IBADAH QORBAN 1440H

Korban (Bahasa Ibraniקָרְבָּן‎) atau qurban (Bahasa Arabقربان‎) ialah menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah untalembukerbaukambing dan biri-biri (kibas).
Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya.


Qurban bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu pada 10-13 Zulhijjah (Aidiladha + 3 hari Tasyrik) dengan tujuan ber’taqarrub’ kepada Allah SWT.
‘Taqarrub’ bermaksud perbuatan atau amalan yg dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ibadah korban merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah pada hari raya Aidiladha & sunnah yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh semua para sahabat & salafussoleh.
Ibadah korban yang paling baik ialah dengan melakukan sembelihan & agihan di tempat sendiri.
Adapun jika tak berkemampuan untuk melakukan secara sendirian janganlah ibadah ini ditinggalkan secara terus kerana kita sendiri yang merasa rugi atas peluang setahun sekali yang Allah berikan.
Allah memberi peluang sehingga 4 hari pelaksanaan ibadah korban tanda kita semua tiada alasan untuk meninggalkannya.
Haiwan korban yang paling afdhol (baik) ialah seekor haiwan yang gemuk lagi sempurna. Menurut Imam Syafie, beliau berkata: “yang paling banyak nilai adalah lebih afdhal daripada yang paling banyak bilangan”.
Haiwan yang paling terbaik ialah seekor unta, seekor lembu/kerbau seterusnya seekor kambing. Allah memberi keringanan kepada hamba-hambanya yang kurang berkemampuan untuk berkorban dengan satu bahagian unta dan akhir sekali satu bahagian lembu.
Wallahua’lam.

TAHUN 2019M 1440H 
QORBAN ATAS NAMA ESAH BT ABU
RM520
MASJID KG KUNDUR TENGAH REMBAU