Labels

Jan 19, 2011

HITAM



Jan 13, 2011

PAGAR MEMAGARI



Jan 12, 2011

PLAUGH TANAH ( TERBALIK KAN TANAH )



Bajak KASAR adalah sejenis 'implement' sama dengan 'rotovator biasa' yang berfungsi melumatkan tanah. Peralatan ini disambung kepada 4 roda dengan digerakkan oleh kuasa PTO. alat bajak ini terdiri daripada 2 jenis mata (blade) iaitu mata besar dan kecil.

Kegunaan peralatan ini adalah untuk kerja bajak akhir disamping membantu meratakan sawah bagi proses menanam samada tabur atau cedungan.

Bagi bajak mata besar (tebal) amat sesuai untuk sawah yang telah ditumbuhi rumput yang masih muda manakala mata halus pula sesuai untuk tanah yang tidak berumput (lembut).

Spesifikasinya secara umum adalah seperti berikut :

1- Berat : 300-500kg
2- Lebar : 60"-120"
3- Traktor : 60-90 h.p

Walaubagaimanapun spesifikasinya adalah berbeza mengikut model yang dikeluarkan.

Bajak mata kasar adalah lebih berat berbanding debgan mata halus.

Kelebihan bajak ini ialah mempercepatkan proses penyediaan tanah, merata seawh dan proses kerja yang cepat. Ia juga dapat menggemburkan tanah dan mewujudkan ruang oksigen yang banyak dalam tanah sesuai bagi pertumbuhan padi. Bagi 1 ekar masa yang diambil antara 45 minit ke 1 jam berbanding dengan amalan petani yang menggunakan kerbau besi memakan masa berhari-hari bagi meyiapkannya. Penggunaan kerbau besi juga akan menyebabkan tanah menjadi padat.

Kelemahannya pula tidak sesuai digunakan di tanah dalam dan memerlukan air antara 1"-2" semasa pembajakan dijalankan. Kedalaman bajakan pula antara 4" hingga 6".



Jan 4, 2011

asal usul peradong / jelebu


Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pahang. Ia terdiri dari lapan mukim iaitu Kuala Klawang,Hulu Klawang , Klawang, HuluTeriang, Kenaboi,Pertang,Peradong, Teriang Hilir dan Gelam Lemi. Mengikut ceritanya, nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini.


Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelbu iaitu ketua suku kaum asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelbu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelbu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut." Kau baliklah dulu untuk sediakan makan malam kita," pesan Tok Jelbu kepada isterinya." Baiklah, bang. Tapi elok kalau abang berhati-hati mandi di sungai sebab airnya dalam. Cepat balaik ke rumah, ye bang…" balas isterinya sambil berjalan pulang.Maka Tok batin Jelbu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung.

Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelbu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.Isteri Tok Batin Jelbu berasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan reda maka isteri Tok Batin Jelbu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya. Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelbu seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba.Berita hilangnya Tok Batin Jelbu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui.

Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelbu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus entah kemana. Dan Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelbu maka tempat itu dinamakan Jelbu tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.

Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelbu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu "Jalar Labu" tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.

Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang-orang Minangkabau. Namun pada mulanya Jelebu didiami oleh kaum asli Jakun dari Suku Biduanda. Mereka merupakan penduduk asal Jelebu dan suku Biduanda masih ada hingga ke hari ini.

Kisah bermula apabila Batin Terjali iaitu anak Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung Minangkabau, keluar mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan pemerintahan ayah baginda. Setelah lama berjalan menyeberang laut dan sungai akhirnya Batin Terjali dan orang-orangnya sampai di Bukit Kundang Kundik di Jelebu.

Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.Semasa berada di Jelebu, Puteri Embong Sari iaitu isteri Batin Terjali melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Dan sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembaraannya, Batin Terjali meninggalkan putera baginda kepada ketua suku orang asli Jelebu dengan pesanan bila puteranya sudah besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu.

Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan. Adapun Batin Terjali terus mengembara untuk membuka negeri dan di setiap tempat yang disinggahinya baginda akan meninggalkan seorang putera kepada ketua suku kaum asli di situ dengan pesanan bila putera itu sudah dewasa kelak hendaklah di jadikan penghulu di tempat itu.Kesemua Ketua kaum asli itu menepati janji mereka. Apabila putera Batin Terjali sudah besar maka dilantik menjadi Penghulu. Dengan ini wujudlah pemerintahan dari putera-putera Batin Terjali. Datok Niko Menteri Shah Mangku Alam Raja Sehari menjadi penghulu di Jelebu, Datok Kelana Putera Penghulu di Sungai Ujung dan Datok Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol.

Hubungan antara mereka terus terjalin dan daerah itu akhirnya menjadi tumpuan orang-orang Minangkabau.Walaupun begitu, dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Mentunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Datok Moyang Salleh merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakai gelaran Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor. Walau bagaimana pun Datok Moyang Salleh tidak melantik dirinya sebagai Sultan Jelebu dan beliau hanya menjadi Undang Luak Jelebu sahaja.

Pada mulanya Jelebu berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka tetapi apabila Sultan Melaka berpindah ke Johor maka taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya peristiwa "MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR" barulah Jelebu bebas dari kekuasaan Sultan Johor.

Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan.Jelebu juga sering di kunjungi para pelancung dari dalam dan luar negeri kerana keunikannya. Untuk sampai ke Jelebu terpaksa mendaki Bukit Tangga yang mempunyai 48 keluk. Dan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancung di Jelebu ialah Jeram Toi, Jeram Gading, Latar Kijang, Masjid Kuala Dulang dan Makam Datok Moyang Salleh.

Jan 3, 2011

JAGUNG IDAMAN KALBU



Kami ingin mempelawa individu yang berminat untuk bersama kami dalam mengusahakan Projek Tanaman Jagung Manis dan Integrasi. Projek ini kini telah diperluaskan skopnya bukan sahaja menghasilkan tongkol jagung untuk jualan tetapi telah diperluaskan untuk menghasilkan silaj bagi makanan ternakan. Ini adalah atas senario harga makanan ternakan yang semakin meningkat. Permintaan terhadap silaj batang jagung juga meningkat memandangkan ianya alternatif yang lebih murah dan kandungan khasiat makanan yang lebih baik.

Dibawah adalah butir-butir ringkas projek:

1. Pelaburan rakan kongsi RM 200 untuk 1 lot (tiada had maksimum).
2. Pembahagian keuntungan BERGANTUNG KEPADA PENGUSAHA
3. Perjanjian adalah untuk setahun.
4. Semua pelaburankan digunakan untuk mendapatkan bahan mentah, menghasilkan dan menjual silaj batang jagung. Ini termasuk memberi bantuan kepada penternak untuk menanam jagung bagi menghasilkan tongkol jagung dan batang jagung.

Luangkan masa untuk menghubungi dan berjumpa dengan kami dengan melawat KEBUN JAGUNG KAMI DI PERADONG







APA KATA PELABUR ? BEST X?

Jan 1, 2011

banner tebu



SURAH AS SAJADAH AYAT 27
Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwasanya Kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya makan hewan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?