Labels

Sep 29, 2011

MENJERAT MAK SITI ( GAM N CEKEDI )



RACUN LEVEL 4 DEN GUNA.. DAN KENA GAM...BUAT GULAI....HAHAHA








Kalau di kampung saya kebanyakkan penduduk kampung saya, pendapatan mereka ialah menanan jagung . Teringat saya satu pesanan “ kalu malah ngaji , balik duk ghumah tane jagung “ .Maksudnnya: Kalau malas belajar baik tanam jagung. Menanam jagung tidak semudah yang disangka. Perlu kerajinan. Kalau belajar pun malas ini kan pula nak menanam jagung yang perlu kesungguhan dan kesabaran. Ramai antara kita tidak tahu bagaimana proses menanam jagung dan apakah risiko sebagai penanam jagung . Kebanyakkan kita hanya tahu beli jagung bakar di pasar malam atau pun jagung manis dalam bekas plastik putih . Ataupun pop corn. Kalau tidak silap saya harga jagung bakar sekaarang RM 1.80 sejantung jagung. Kalau jagung manis Rm 2.00 atau pun RM 2.50. Kalau jagung mentah RM 5.00, 3 jantung . Begitulah harga pasaran di Gombak( Semasa saya menulis , mungkin harga berubah mengikut pasaran semasa). Banyak proses dalam penanaman jagung sehingga jagung dipasarkan . Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita daripada kampung saya mengenai risiko yang dihadapi dan akan ditanggung oleh penanam jagung terutama di kampung saya ( Meliputi penduduk kaMpung peradong , kampung pergai,,,) atau lebih dikenali sebagai. Berbalik kepada risiko yang selalu dihadapi oleh penanam jagung .


Kera…


Kera merupakan salah satu risiko yang akan dihadapi oleh penanan jagung. Kera biasanya datang secara berkumpulan. Semestinya dia akan makan dengan lahap jagung-jagung yang baru hendak boleh dituai dengan selamba sahaja. Kekadang akan merosakkan pokok jagung. Bayangkan kekadang separuh daripada hasil jagung dirosakkan oleh kera dan kawan-kawannya yang juga kera. Sebab itu kalau orang mulut celupar sikit suka mengatakan “jahat macam kera”. Susah hendak halau kera ni. Ada juga saya dengar cerita untuk menghalau kera dengan cara mudah ialah dengan menggunakan kaedah “psikologi”. Pelik pula bunyinya psikologi digunakan untuk menghalau kera daripada terus merosakkan tanaman jagung.




Tangkap Kera .. Cat Warna Putih Baru Handsome Kera


Caranya begini, tangkap seekor kera dengan apa jua cara sekali pun. Selepas ditangkap jangan dibunuh kera tersebut, kalau dibunuh dikhuatiri kera tersebut akan mengamuk. Mudah sahaja caranya, selepas ditangkap cat kera tersebut dengan warna kegemaran anda seperti merah atau kuning. Selepas itu lepaskan kera tersebut supaya ia berjumapa dengan geng-gengnya. Menurut pencerita, apabila kera yang sudah dicat itu kembali pada rakan-rakanya tentu akan merasa malu dan rakan-rakan kera yang lain akan serik dan lari. Dari kawasan tersebut. Kaedah ini memang praktikal dan menjimatkan bagi saya.


Anak Kera Menangis Melihat Ibunya Mati Ditembak

Pernah diceritakan juga. Kerana tidak tahan sangat dengan perangai kera yang sudah melebihi batas. Tuan penanam jagung mengambil jalan mudah dengan menembak kera tersebut. Ada satu cerita , ibu kera yang membawa anaknya bersama ketika menjalankan operasi makan secara besar-besaran ditembak dan anaknya jatuh dari badanya. Anak kera tersebut menghampiri ibunya dan tuan percerita berkata , jatuh air mata anak kera ke bumi melihat kematian ibunya. Semenjak hari tu penembak kera tersebut insaf dan tidak menembak kera lagi.


Anjing…Makan jagung ?

Anjing sesiapa pun tahu bukan jenis binatang yang makan jagung. Memandangkan banyak sangat risiko untuk menanam jagung terutama binatang perosak seperti ,kera, babi dan juga burung ini sesetengah penanam jagung membela anjing untuk menjaga jagung mereka. Saya ingat kalau kat kampung saya orang pertama membela anjing untuk menjaga tananam jagung ialah TOK ABAH EH . Ramai juga yang mengata kat dia sebab membela anjing .Macam-macam orang kata kat dia sampai saya pernah dengar orang panggil dia ..kasar juga bunyinya. Anjing binatang najis, anjing haram dan bela anjing lagi haram, bela anjing nanti susah rezeki dan macam-macam lagi saya dengar orang mengata pada . Tetapi dipendekkan cerita idea membela anjing unuk menjaga tanaman jagung dan mengahalau kera dan binatang perosak semakin diterima oleh penduduk kampung . Semasa saya balik hari itu sudah ramai penanam jagung membela anjing untuk menjaga kebun jagung mereka.. Begitulah cerita dari kampung saya

Sep 27, 2011

PISANGKU BONYOI



MAKSUD BONYOI,, : TERENDAM AIR DAN MATI


SERANGAN PEROSAK ..:(


Sep 26, 2011

PISANG KU 2 MINGGU TANAM





NI ABANG KU MOHD ZUKRI BIN JUMAAT

JAGUNG SI MANIS MADU



kebun ku subur menghijau

PENJAGA KEBUN EDEN



JAGUNG HIBRID.. BENIH RM 23 300 GRAM



KULI KEBUN KAMI TUAN EDEN NAWI



PEPATUNG BARISAN NASIONAL EDEN

JAGUNG MINGGU KE 8 ( DAH BESAQ )



BESAR GILER,,, HUHHU




PEKEBUN + PEDIDIK



Sep 25, 2011

Sep 16, 2011

PISANG DAH TUMBUH OLEH ALLAH SWT ( MINGGU 1 st )



start tanam 6 sept 2011 ( yang ni gambar pd 16 sept 2011 )



indah sungguh ciptaan rabb kami...


Sep 12, 2011

JAGUNG MINGGU KE 6 DI TANAM



TINGGI NYE JAGUNG DEN.. BAKA BARU,,.



BUNGA BERTUAH YANG KEDUA.. DAH KUAR BUNGA,







NI SEMUA GAMBAR PETANG TADI.... HAMDALLAH,,,, BESAR JAGUNG DEN

Sep 7, 2011

NANGKA + NIPAH 200 BATANG







MULA TANAM 5 SEPT

SIAP TANAM 9 SEPT

Sep 4, 2011