Labels

Jan 1, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019



JELEBU: Tepat jam 12 tengah malam, percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang udara di seluruh negara mengalu-alukan kemunculan tahun baru 2019.
Meskipun 2018 dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan pahit dan manis, namun kedatangan tahun baru disambut dengan cukup meriah menerusi pelbagai acara di seluruh negara, disertai ribuan rakyat berbilang kaum dan agama.