Labels

Jul 27, 2020

CARA SUNTIK GAHARU DIY

*Cara suntik menggunakan Inokulan EM*


1. Gunakan mata drill bersaiz 3 mm.

2. Pakai mata drill untuk besi

3. Tebuk lubang sehingga kedalaman 4 inci

4. Pastikan habuk kayu keluar semasa mata drill ditarik keluar. Ini untuk mengelakkan dari lubang tersebut tersumbat dan menghalang bahan meresap lancar.

5. Tebuk lubang pada kecondongan 30 degree. Jika tidak cukup condong, bahan tidak dapat meresap habis.

6. Tebuk lubang pada botol bahan Ini supaya aliran udara yang masuk ke dalam botol akan membantu penyerapan bahan dengan lebih pantas.

7. Bahan akan habis diserap dalam masa 24 jam.

8. Jika ada bahan yang tidak diserap habis. Periksa samada lubang pada pokok tersumbat atau botol yang tidak ditebuk.

9. Jika ada botol bahan yang agak lambat diserap. Biarkan sehingga maksima 7 hari.

10. Jika masih ada yang belum habis diserap. Buat lubang lain yang baharu dan masukkan botol tadi di lubang baharu.

11. Selepas semua bahan diserap. Pastikan botol dicabut.

SUNTIKAN GAHARU SENDIRI DIY

Teknik SUNTIKAN GAHARU SENDIRI DIY

1. Jarak dari tanah adalah minima 12 inci.

2. Injek lubang pertama mengikut langkah di atas.

3. Injek lubang kedua pada jarak 5 inci ke kanan.

4. Injek lubang ketiga pada jarak 5 inci ke kanan.

5. Ulangi langkah di atas untuk lubang ke 5 dan seterusnya. ( ini adalah tingkat pertama)

6. Cth.  Ukurlilit pokok adalah 15 inci.  Bermakna tingkat pertama adalah 3 lubang.

7. Jarak antara tingkat pertama dengan tingkat kedua adalah 16 inci.

8. Jarak antara setiap tingkat adalah 16 inci