Labels

May 20, 2012

MEMBERSIHKAN KEBUN SEBULAN SEKALI,, ASYIK MERACUN JO

MERUMPUT,,
PISANG DEN DAH BOSAR.. 4 MINGGU LAGI BERBUAH LA...

May 19, 2012

KEGUNAAN PISANG DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Daun pisang # Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. # Digunakan sebagai pelindung hujan # Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat. # Batang pisang # Digunakan untuk membuat rakit. # Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni. Buah pisang # Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Jantung pisang # Dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Khasiat pisang dari sudut kesihatan # Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. # Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol. # Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit. # Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. # Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang. # Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
PROSES MEMBAJA HARI INI... ESOK PROSES MERACUN DAN MERUMPUT