
Mohd nawi bin Jumaat.
Batu 5 ½ kg peradong
Kuala klawang
Jelebu, N.Sembilan
Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri
Tingkat 3, Blok D, Wisma Negeri,
70503 Seremban, N.Sembilan
Tel No : 06-7659760
Fax No : 06-7637882 Tarikh 17/01/2011
Tuan
PERKARA: ADUAN KELEWATAN MEMBERI MAKLUMBALAS DAN PERKHIDMATAN
Saya mewakili pengusaha dalam usaha untuk membuat projek tanaman jagung , ingin membuat aduan tentang kelewatan dalam member maklumbalas dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan tuan/puan.
2.Untuk pengetahuan pihak tuan , saya memohon untuk mengunakan jentera untuk pembalikkan tanah ( plough ) dan menghaluskan tanah ( rotor ) pada tarikh 24 Disember 2010 saya telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan , namun agak mendukacitakan, saya telah menerima jentera plough pada tarikh 7hb Januarai 2011 , baru tapak tanah saya di plough iaitu 2 minggu dari tarikh mohon. dan untuk jentera rotor sampai pada saat ini saya masih belum menerima perkhidmatan tersebut dan ini menjejaskan pelan tindakan saya dalam usaha untuk melaksanakan projek tersebut.
3.Dengan masalah ini , saya dapati masyrakat sekitar di daerah Jelebu yang ingin mengusahakan projek amat susah untuk melaksanakan tanaman mereka dengan bantuan jabatan pertanian , adakah ini yang di amalkan oleh organisasi tuan/puan dalam usaha untuk mengalakkan masyarakat untuk bertani dan mengusahakan tanah terbiar , apabila masalah ini wujud ramai yang kecewa dan terpaksa mengunakan modal lebih untuk menyewa jentera persendirian dan mewujudkan jurang diantara jabatan tuan dengan masyarakat sekeliling.
4. Oleh sebab itu saya amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segara supaya masalah ini dapat diselesaikan bukan hanya kepentingan saya tetapi penduduk jelebu secara khususnya dan seluruh masyrakat yang ada di negeri Sembilan secara Amnya , Surat ini juga saya langsungkan kepada kementerian Asas Tani .
Atas kerjasama daripada pihak tuan, saya ucapkan jutaan terima kasih.
Wassslam.
Yang benar
nawi
.........................................................
MOHD NAWI BIN JUMAAT
Pengusaha Pertanian Yang Prihatin