Labels

Aug 23, 2011

JANGUNG KU 2MINGGU PUASA



GEMUK GEMUK GEMUK.





KENA BANJIR 1 HARI BERGENANG AIR,,




PANDUAN MENANAM JAGUNG

PENYEDIAAN TANAH


Di Ladang :


Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.


Dalam Pasu dan Bekas :


Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN


Di Ladang :


Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas :


Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang :

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas

menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan Bekas :


Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN


Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUT


Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.

Kaedah diatas adalah secara asas bagi tanaman jagung yang biasa diusahakan oleh petani . Bagi anda yang ingin mengoptimakan pendapatan adalah digalakkan mengusahakan kaedah tanaman jagung hibrid yang boleh memberi lebih hasil semusim .

Aug 14, 2011

ANAK2 DEN UMUR 1MINGGU






MANO DTG LAK CINCIN NI..CANTIK X...HAHA,,,,

Aug 1, 2011

anak-ANAK KU DAH HIDUP



SURAH ALFATH AYAT 29


Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku` dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu`min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Jul 30, 2011

TEMPAHAN TEBU..... HOYEHHHHHHHHH



TEMPAHAN OLEH AZHAR ( SEPANJANG BULAN RAMADHAN..... ARINI 11 IKAT GRED B



SAPO NAK MINUM AIR TEBU HELLO2 EDEN

Jul 23, 2011

Jul 22, 2011

PROMOSI PUASA ( AIR TEBU N KELI SALAI )



BERSIHH BERSIH BERSIH.. 3.0..



Jul 19, 2011

MEMBAJA



Jul 15, 2011

START EDIT PAGAR



TANAH SUDAH DI ROTOR SETELAH 2 MINGGU TINDAKAN DAN SIASATAN..HAHAHA... TQ PERTANIAN



PAGAR KU ROBOH... REPAIR BALIK....



MENYUSAHKAN EDEN BOTOL ORANG2 NIE

Jul 14, 2011

TEMPAHAN AIR TEBU KE RUMAH BULAN RAMDHAN



TEMPAHAN BERBUKA PUASA AIR TEBU SILA SMS OR KOL 0134178635....

MURAH DAN MANIS... ( XDE CAMPUR AIR PUNYA ) TEST LA

Jul 9, 2011

Jul 4, 2011

Jul 1, 2011

ADUAN KALI KE 3 KEPADA JABATAN PERTANIAN

Mohd nawi bin Jumaat.
Batu 5 ½ kg peradong
Kuala klawang
Jelebu, N.Sembilan

Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri
Tingkat 3, Blok D, Wisma Negeri,
70503 Seremban, N.Sembilan
Tel No : 06-7659760
Fax No : 06-7637882 Tarikh : 29/06/2011

Tuan

PERKARA: ADUAN KETIGA , MUTU PERKHIDMATAN ( PLOUHG BATAS ) TERUK

Saya mewakili pengusaha dalam usaha untuk membuat projek tanaman jagung , ingin membuat aduan tentang perkhidmatan plough batas yang di beri amat teruk dan berbeza dengan sebelum dan orang lain yang menerima ( projek jagung mengkan ) yang disediakan oleh jabatan tuan/puan untuk kali ketiga bagi tahun 2011 .

2.Untuk pengetahuan pihak tuan , saya memohon untuk mengunakan jentera untuk pembalikkan tanah ( plough ) dan menghaluskan tanah ( rotor ) pada tarikh 18 Mei 2011 saya telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan , saya menerima plough batas pada 27hb Jun 2011 iaitu 5 minggu kemudian. namun agak mendukacitakan, kerana perkhidmatan yang di beri amat teruk . isu yang saya hendak kemukakan ada pada perkara di bawah :
a. Isu memasuki tanah projek saya tanpa menghubungi saya terlebih dahulu ( rosak pagar saya ) saya telah beri nombor telefon mudah alih pada operator dan pejabat tuan.
b. Membuat plough batas mengikut suka hati operator ( En. Abdullah ) tanpa mengikut kehendak pengguna ( saya )
c. Membuat plough hanya sebelah bahagian dan bukan kedua-dua belah bahagian
d. Membuat plough tanpa pemerhatian saya , ada yang tidak sempurna di plough
e. Plough batas amat teruk ( besar dan tidak sempurna ) , minta pihak tuan , buat perbandingan tanah saya di plough dengan tanah projek jagung di kg mengkan ( projek pekerja pertanian tuan . ( amat cantik dan kecil batasnya )
f. Membuat kerja ( operator ) tergesa-gesa iaitu hanya 30 minit. Nenek saya sebagai saksi .
3.Dengan masalah ini , saya dapati pihak tuan sengaja atau tidak sengaja untuk membalas dendam kerana aduan saya yang lepas atau membuat perkhidmatan yang diberi tanpa seikhalas hati. Dengan ini amat mendukacitakan saya.Oleh itu saya mohon pihak tuan menjalankan siasatan kepada jabatan yang saya kemukakan aduan dan prosess kerja perlu di kemaskini dan perbaiki sistem pentadbiran pihak tuan.

4. Oleh sebab itu saya amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segara supaya masalah ini dapat diselesaikan secara baik ( minta buat semula ) atau saya membuat tindakan selanjutnya dan menjadikan jabatan pertanian negeri Sembilan sebagai responden pertama dan Menteri Pertanian sebagai responden kedua kerana lalai dalam mentadbir kementerian pertanian dan asa tani ., Surat ini juga saya langsungkan kepada Menteri pertanian dan asas tani dan juga kementerian Asas Tani .
5. Di sini saya kemukakan gambar- gambar sebagai bukti untuk pihak tuan jalankan siasatan dalam masa seminggu.

Atas kerjasama daripada pihak tuan, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Yang benar

nawi
.........................................................
MOHD NAWI BIN JUMAAT
013-4178635

Pengusaha Pertanian Yang Ikhlas Menegur



KATEGORI TERUK




ADA ANDA NAMPAK BATAS ? BATAS APE? TERUK BUKAN,,, NI KIRA DENDAM KEPADA SAYA,,,